
Thursday, November 12, 2009
Haiku..
SAJAK-Tamu Hari 4
i/Pembeli
hadir bersama setip minggu
selaku pelanggan utama
membantu penjual kampung dipersada
ii/.Hasil Tenaman
Bertompok-tompok aneka jenis jualan
berkhasiat hasil tanaman anak peribumi
sebagai hidangan pembeli bersama keluarga
iii/.$1.00 seikat
nilai dan mutu hasil utama
segengam sebagai sukaan
relat hati dijual atas keringat sendiri
iv/.Budaya pertemuan
disini sering menjadi medan pertemuan
bertegur sapa berama insan
tidak disangka disini tempatnya
v/.Bahasa Kesopanan
Disini tuturkata menarik pelanggan
tinggi nilai budaya bangsa
satu pusaka peribumi
ieoon
Penapar
Julai 2009
Sajak haiku
UDANG GALAH
sepit biru tangan mu
igauan si penggail
memakan umpan ibarat jerat
RUMBIA SUNGAI
Semalam
engkau tumbuh subur di tebing sunai ini
hari ini engku dimusnahkan
angkara pembangunan ....
BELIDA
Ikan air tawar
idaman hati untuk dirasaai
tetapi bukan mudah memperolehi mu
PERAHU BIDAR
Mana hendak di cari lagi
tinggal kenangan di dalam gambar
kerana hari ini sipembuatnya dah tua.
RUMAH MERAH
kediaman lama keluarga bahagia
ditinggalkan sudah sekian lama
kini tersungkur rebah di bumi
SAJAK :BERPERAHU KE ULU
(Kenagan ketika bertugas di SRDPS Ukong Tutong II)
Pakai motorbat,pakai motorboat......
perjalanan yang lebih mudah tetakala banjir melanda
dalam aliran sungai yang tenang dan tetakala deras
begitu juga tanjong Sungai Tutong penuh berliku
ku tempuhi juga suasana pagi yang segar ini
udara yang sejuk diselimuti embun pagi
disitu terselit 1000 kedamaian
di tepian sungai masih kelihatn flora dan fauna
memperlihatkan suasana kehidupan yang aman damai ini
Ukong .....
meskipun perjalanan ke memakan masa 45 minit
demi tugas dan tanggungjawab ku pikul jua
engkau memang dekat di hati
hari-hari dalam perjalanan sewaktu banjir
kini sungai mu sepi...
di atas batang kayau yang terapung
seekor sang buaya menumpang menjemurkan diri
hatta di sana sini terserempak sianak buaya
riang ria berenang-renang di permukaan air
tiada lagi kelihatan anak peribumi
mandi manda di sungai mu itu.
ieoon
13 Jun 2009,
Sunday, August 16, 2009
SAJAK :KEMBARA
Langkah demi langkah engkau terus mengembara
mengembangkan sayap mu...
untuk memberigakan sayap keilmuan
......terhadap masyarakat...... tempat engkau singgah
meskipun hanya sekadar buat seketika
namun disitu tersentuh juga hati para tetamu undangan
tetakala sajak-sajak yang di kelimasikan
dari satu distanasi ke satu distanasai
Kembara telah menyelungkar ....berlainan perutusan
atas pemikiran 34 orang penulis
mengenai sebuah buku yang benama SUARA
kini engkau berada di kampung halaman ku
Kampong Penapar Tutong
di situ ada terpahat 3 orang penulis berbakat
ingin membawa perutusan untuk difikirkan dan direnungkan bersama
............
ieoon
15 Ogos 2009
Monday, June 15, 2009
SAJAK ; PESIK SEPIT BIRU
Pesik... oh pesik
mana pesik unggag....
mana pesik bendara...
mana pesik deek ....
kerana hari ini dan semalam
kamu juga dicari
Ku hulu ke hilir perahu bergerak
betapa kesetiaan pengemarmu menanti patukan kail ini
menanti terus menanti
mengharapkan engkau memakan siumpan yang manis
batu tembaga bersinar-sinar bertintakan emas
tali tamali joranku titian hubungan kita
sauh dilabuh menggegarkan penghuni lubok mu
bah dang malai buah hati ku
kemari kamu berurong-urong
Mana sepit biru penghuni lubok ini
engkau makan lah umpan ku yang manis ini
jangan lepas peluang makanan mu yang sedap ini
betapa enak rasanya.....
ieoon
Penapar
15 Jun 2009
Sunday, April 19, 2009
SAJAK : SAUNGKAP KASIH BERPANJANGAN
(rekaan untuk sahabat karib ku sempena hari ulang tahun bondanya)
Ibu...
Petapa murninya hati dan jiwa mu
Membelai,mengasuh kami bagai menatang minyak yang penuh
Berpanjangan.........
Kata-kata nasihat mu
Menjadi azimat dalam perjalanan kehidupan ini
Namun ada kalanya sukar untuk diterima
Mungkin melukakan hati jiwa sukma dan perasaan mu.
Dipohonkan beribu keampunan dari mu
Seandainya langkah kami menghampakan harapan mu
............ di dalam perjalanan ini
Ibu....
Kasih sayang dan penat lelah keringat mu
Membelai dengan jejari dan tangan mu
Menyusok hati dan perasaan
Memang sukar untuk kami balas
Walau seumpama sebentuk intan permata
Menjadi hadiah kenangan di dalam riwayat hidup mu
Namun tidak seindah atas nama pengorbanan mu
Izinkan kami setulus hati dan persaan mu
Seandainya belasan belaiaan kasih kami tidak semurninya
Ibu....
Meski pun ayah tiada lagi di sisi mu
Janganlah engkau bersedih di hari mulia ini
Izinkn ayah bersemadi di pusara dengan tenangnya
Rohnya dicucuri rahmat oleh Allah berpanjangan
Namun doa anak-anaknya tiada luput
Ibu..
Selagi nafas mu masih berdenyut
Kami anak-anakmu, menantu dan cucu cicit mu sentiasa di sisi mu
Riangkan hati dan perasaan mu dengan bersulamkan kalimah ALLAH
Bermahkotakan perintahNya sebagai tunjang perjalanan kehidupan mu
Kerana di situ ada hikmah yang berpanjangan tetakla kau suka dan duka.
Ibu...
Inginku katakan persanaan kami ini pada mu
Namun biarlah warkah ini......
Biarlah.....
Hanya sebagai tetapan kami bersama
Semoga harapan ini menuju ke puncaknya
Kerana jiwa mu seindah kasih setulus budimu jua
Engkau sentiasa landasan disisi penciptanya berpanjangan
Ibu...
Sempena hari kelahiran mu
Kami merapakan sembah memohon izin dan keampunan mu
Apa jua termakan terminum dan .............
Izinkan kami.....buat selama-lamanya.
Doa kami semoga ibu sihat sejehtera
Di bawah lindungan Allah jua.
Amin !!!
Ieoon
16 April 2009
Penapar
Wednesday, April 1, 2009
SAJAK : SR LONG MAYAN TUTONG II DALAM KENANGAN
(sempena penutupan mu hari ini )
Dalam nadi-nadi menyusur dunia pendidikan mu
engkau tetap bersama di hati
betapa pilunya mengenangkan jasa dan budi mu
sejak sekian lama engkau teguh berdiri sama
dalam mencorak mendidik anak-anak peribumi
sebuah kampung yang bernama Kampong Long Mayan
Namun apakan daya
disini jua tanggal 1 April 2009 satu detik sejarah
pada hari-hari seterusnya nama mu tiada lagi disisi
dalam 14 buah sekolah rendah kawasan Tutong II
Hanya tinggal sebuah ladang bangunan yang mengusik jiwa
kerana aku pernah bersama mu 10 purnama yang berlalu
biarlah engkau meninggalkan kami
dalam sejarah untuk dikenang bersama usia perjalanan ini
engkau tetap dalam ingatan untuk selama-lamanya
tinggallah........
engkau dalam kekosongan
terima kasih atas budi mu segunong intan
relakanlah kepergian kami ini
kerana hari ini hari terakhir bersama mu
esok dan hari-hari seterusnya kami penghuni mu selama ini
tiada lagi di sini mu
engkau tiada lagi mendengar suara-suara guru dan anak-anak didiknya
cuma cicak dan tikus masih bergema
Usah engkau bimbang
bekas penghuni mu masih bernafas panjang
dengan berbekalkan semangat
kerana penghijrahan ini
tiada di mana-mana
cuma sang guru bertaburan entah di mana
namun semangat tetap jitu jua
tinggallah......
meski pun bekas-bekas telapak kaki dan tangan
tiada lagi kedengaran dan bekasnya
hata debu-debu kapur tulis puntiada lagi berterbangan
namun kalian masih dikenang
biarlah sejarah sahaja mengukirnya
sebagi tetapan bersama
manalah tahu esok dan lusa
engkau akan ujud di pangkuan warga mu semula.
ieoon
1 April 2009
From the author: Thanks to all the blogs i referred to (countless) for html code help :) (esp. cyn' and sixseven)
Adobe Photoshop Elements for supernatural abilities