Tuesday, July 22, 2008

Bila Entri Pertama?

SAJAK: SMS......

Detik demi detik
anak-anak jari ini bernari-nari
mencari huruf-huruf untuk ditekan-tekan
menjadi sebuah ungkapan
sebagai pesanan yang ringkas
memberi 1000 makna
untuk disampaikan
kepada ......
siapa-siapa
lipatan beberapa angka yang hendak dituju
hanya sekelip mana sahaja berita,khabar,pesanan .....
diterima dengan mudah dan cepat
meskipun kau berada nun jauh diseberang sana
aku di sini menanti buat seketika.
akhirnya kaut terima jua
betapa leganya hati ini menerima
sebuah SMS yang bermakna

ieoon
25/11/2008