SAJAK: CUTI-CUTI HUJUNG TAHUN
Masa ini musim cuti tiba lagi
selang berapa hari ketentuan masa semakin meninggalkan kita
kini tinggal beberapa hari sahaja baki yang ada.
kesempatan ini kita gunakan sepenuhnya
jangan ditinggalkan berlalu begitu sahaja
kerana kita sering lena dibuai tidur memanjang
sedangkan cahaya matahari sentiasa bergerak tanpa menanti kita
di luar cahaya terang benderang
sedangkan dalam bilik mu suasana seolah-olah macam waktu malam
kita diselimuti oleh sifat iblis yang sukakan kita berbuat sedemikian
Kadang-kadang kita tinggalkan kewajipan waktu subuh
Nun jauh di sana manusia masing-masing sibuk
sibuk mencari rezeki,berkerja membuat sesuatu yang berfaedah
sibuk mencari sesuatu untuk mengisi perut atas tuntutan hidup
di sini kita asyik lalai oleh rancangan tv apatah lagi komputer
ke mana anak-anak kita masa ini ?
apa mereka buat semasa cuti ini ?
jangan biarkan mereka di buai kesenangan dan angan-angan
duni hari ini memerlukan persiapan persaingan untuk mereka hidup
kerana masa depan mereka masih panjang
Cuti pasti berlalu terus berlalu
mungkinkah kita mempunyai perkara-perkara yang perlu diambil perhatian
mana kerja yang tertangguh,tertinggal,mana lagi yang memerlukan pembaharuan
mungkin di sini masanya untuk menyelesaikan
biarlah selesai semasa cuti ini
jangan lagi tertangguh di tahun mendatang
kerana di sana nanti banyak lagi yang perlu diselesaikan.
kita gunakan cuti-cuti ini
dengan perkara yang berfaedah
ieoon
16 Nov 2008

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home