Karya Seni Ieoon
Sunday, November 30, 2008
SAJAK : KEINDAHAAN ALAM
Betapa indahnya suasana di perjalanan pagi ini
menyusur ke ulu sungai di dalam kedinginan awal pagi
sejuk menyelimuti seluruh badan
sepi,tenang dan damai sedamai-damainya.
Di sebelah timur sang suria sudah menyinari alam
menamani perjalanan ku kerana tuntutan tugas
demi negara ku yang tercinta.
ieoon
30 Nov 2008
Saturday, November 29, 2008
SAJAK : CUTI
Kini cuti tiba lagi
kanak-kanak semua riang gembira
esok lusa mereka bercuti
cuti berehat dari hadir belajar di sekolah
keriangan terpapar di wajah-wajah mereka
hari ini hari terakhir mereka bersekolah
ibu bapa dan penjaga juga tumpang gembira
esok kami rehat buat seketika
setelah sepanjang tahun berkejar-kejaran ke sana sini
menghantar anak-anak
biarlah mereka cuti seketika
setelah penat belajar
sepanjang tahun.
ieoon
29 Nov 2008
Tuesday, November 25, 2008
SAJAK : MALAS
Malas...satu pengertian yang amat luas
di situ ada kebencian,
di situ ada kesukaan
di situ ada .........
malas bermacam-macam......
ada orang suka berkebun dirinya menjadi malas
ada malas dibuat-buat
jika kita selalu malas akhirnya kita menjadi susah
susah sepanjang hayat
umpama orang malas belajar ketika kecil
diakhir penghujung....menyesal diri sendiri
timbul sejarah diri
dulu kalau aku tidak malas aku tidak akan menjadi begini
kau lihat rakan-rakan semuanya senang lenang sekarang
aku apa ada ?
cuma ini sahaja yang ada
bukan salah siapa-siapa
salah disebabkan aku sentiasa malas
kerana dibelakang hidup ku aku dikelilingi dengan kesenangan
lantas aku lupa sepanjang riwayat perjalanan muda ku
kerana kesenangan belum pasti ku miliki selamanya
meski pun di dalam gengangam kesenangan ku
akibat aku malas
aku menjadi mangsanya sepanjang perjalanan hidup ini
semalam aku bermalas malas sudah berlalu
biarlah berlalu di bawa angin ke mana-mana
kini aku sedar akibat malas
tidak membawa untung malah kecewa selama-lamanya
lalu aku bangkit ....memberi kesedaran
ku lempar jauh-jauh malas ku itu
aku sedar malas tidak boleh menjadi pakaian hidup
biarlah menjadi pengajaran sepanjang riwayat ini
kerana malas bukan lagi mimpi yang membawa igawan
tetapi kekecewaan berpanjangan.
ieoon
25 Nov 2008
Tuesday, November 18, 2008
SAJAK : MENJULANG KEJAYAAN
KU perhatikan dan ku renung dari jauh
betapa raut wajah anak-anak murid darjah 6 pagi ini
masing-masing gelisah
setelah mendengar khabar berita
hari ini berita menyatakan keputusan PSR kamu sudah dikeluarkan
Timbul berbagai tekaan
Apa keputusan......
Mungkinkah mengkagumkan !
....... atau disebaliknya ?
akhirnya .....
masing masing menerima warkah keputusan PSR 2008
debaran menanti sudah sekian lama
terpapar nama-nama yang mendudukinya
alangkah gembiranya ada yang lulus
alangkah sedehnya ada yang gagal
kerana Huruf "U" terselit disitu
dibelakang sang ibu dan bapa menanti dengan harapan
menanti khabar berita dari si anak
ieoon
18 Nov 2008
Sunday, November 16, 2008
SAJAK: MUSIM BUAH-BUAHAN
Sebatanpokok lebat dengan buahnya
sudak masak
jatuh berguguran
menanti untuk dipetik
dijuluk,
dimakan
berbagai jenis nama dan aura
sedap,
manis rasanya
hijau,kuning merah dan sebagaiya
sedia untuk dinikmati
sebagai hidangan
ieoon
16 Nov 2008
SAJAK; SUATU KEMUFAKATAN
Semalam kedengaran khabar berita membawa sepakat
tentang kegiatan berkebajikan
di situ ada kerja gontong royong sekampung
dengan ajakan bisikan sukma ku
hati terbuka untuk melangkah menuju ke tempat
yang dinyatakan
atas lambaian panggilan untuk memberi bantuan
dengan kerelaan atas nama kerjasama
tenaga yang sekerat dua ini
masih mampu menyumbangkan tenaga
membantu seadanya meskipun hanya sekadar
ibarat sebesar habuk
kutangkin pemarang candung dikeliling punggung ku
disitu juga hamba-hamba Allah membawa sebatang cangkul ..........
dan berbagai-bagai peralatan
berhuyung-huyung rela membantu
ieoon
16 Nov 2008
Monday, November 10, 2008
SAJAK:HUJAN LAGI !
SAJAK : HUJAN LAGI !
Tatakala hujan turun dengan lebatnya
bebagai suara kedengaran oleh kita
suara-suara sumbang seolah takut akan kehadirannya
sedangkan ianya rezeki yang perlu kita terima demi untuk kita,tumbuh-tumbuhan dan.....
memang ada kalanya menyakitkan,menyenangkan,membinasakan dan.......
disitu ada seribu rashia demi untuk kita dan di sekililing kita
inila jalan-jalan perjalannnya hujan ....
hujan tetap kita nanti bersama.
ieoon
4 Diesember 20
Friday, November 7, 2008
SAJAK : RENUNGKAN LAH
Tetakala kau sedang beristerihatkan diri
cuba kau renung kembali buat seketika
Tentang langkah-langkah kita selama ini
yang telah lama kau jalani dan kau nekmati
fikir dan fikir dan fikir
sejauh mana perkara yang berkebajikan,pembaziran ........
telah kau lakukan atas nama perbuatan,percakapan dan ........
jika sudah terlanjur .....balik ke pangkal jalan
beristighafar banyak-banyak dan perbaiki .......
sehingga tuntutannya benar-benar membawa kebajikan
ieoon
8/11/2008
SAJAK: REZEKI
Hari demi hari
di depan mu sudah tersedia terhidang
berbagai-bagai jenis rezeki
bukan sekadar untuk dimakan,dinekmati,di...........
namun terserah pada kita untuk menggunakannya
yang sering membawa kita seharusnya bersyukur atas pemberian tersebut
sedangkan sebahagian diantara kita di mana sahaja penjuru dunia
masih susah mendapatkannya hatta menikmatinya
mengharapkan datang melimpah luah
tetapi esok lusa kita mesti menafaatkannya dengan sebaik mungkin
bukan membazir sesuka hati.
ieoon
8 Nov 2008
SAJAK : BANJIR TIBA LAGI
Kampung ku sering dilanda banjir
meskipun banjir kecil mahu pun banjir besar
semuanya sudah lumrah berlaku di sekitar kampung ku
kini kau tiba lagi di sisi
Titik awal akibat hujan lebat
Jika air sungai pasang
air akan mengalir dengan cepatnya
di setiap penjuru kampung ku
kawasan rendah menjadi sasaran utama di mana-mana
nescaya esok lusa kau menyingsing seluar berlipat-lipat berjalan ke sana kemari
menandakan air sudah naik
Kini kau datang lagi
ieoon
7 Nov 2008
