Tuesday, December 16, 2008

SAJAK: CUTI-CUTI HUJUNG TAHUN

Masa ini musim cuti tiba lagi
selang berapa hari ketentuan masa semakin meninggalkan kita
kini tinggal beberapa hari sahaja baki yang ada.
kesempatan ini kita gunakan sepenuhnya
jangan ditinggalkan berlalu begitu sahaja
kerana kita sering lena dibuai tidur memanjang
sedangkan cahaya matahari sentiasa bergerak tanpa menanti kita
di luar cahaya terang benderang
sedangkan dalam bilik mu suasana seolah-olah macam waktu malam
kita diselimuti oleh sifat iblis yang sukakan kita berbuat sedemikian
Kadang-kadang kita tinggalkan kewajipan waktu subuh
Nun jauh di sana manusia masing-masing sibuk
sibuk mencari rezeki,berkerja membuat sesuatu yang berfaedah
sibuk mencari sesuatu untuk mengisi perut atas tuntutan hidup
di sini kita asyik lalai oleh rancangan tv apatah lagi komputer
ke mana anak-anak kita masa ini ?
apa mereka buat semasa cuti ini ?
jangan biarkan mereka di buai kesenangan dan angan-angan
duni hari ini memerlukan persiapan persaingan untuk mereka hidup
kerana masa depan mereka masih panjang
Cuti pasti berlalu terus berlalu
mungkinkah kita mempunyai perkara-perkara yang perlu diambil perhatian
mana kerja yang tertangguh,tertinggal,mana lagi yang memerlukan pembaharuan
mungkin di sini masanya untuk menyelesaikan
biarlah selesai semasa cuti ini
jangan lagi tertangguh di tahun mendatang
kerana di sana nanti banyak lagi yang perlu diselesaikan.
kita gunakan cuti-cuti ini
dengan perkara yang berfaedah


ieoon
16 Nov 2008

Tuesday, December 2, 2008

SAJAK: MARI MEMBACA

Saban hari dan waktu kita perlu membaca
wadah menimba ilmu yang tidak putus-putus
bukan sekadar kerana untuk keperluan sesuatu
tetapi membina diri demi ilmu pengetahuan sepanjang hayat

Sana sini sering kita mendengar seru
agar anak-anak perlu berusaha membaca
melaluai sumber yang mendatangkan faedah
untuk dijadikan wadah pemikiran sepanjang perjalan menuntut ilmu
disana terdapat berbagai gedung ilmu sejagat
demi pembinaaan diri
ayuh kita melangkah seiring denagan bangsa-bangsa lain
di sana sini terpapar sifat suka membaca di mana sahaja mereka berada
lantas memukau dan mengajak kita jberalan bersama dengan bangsa yang suka membaca
kita tiba giliran kita lagi
kita terus membaca,membaca,membaca.
yang tiada kesudahannya
melainkan suka membaca

ieoon
2 Disember 2008

Monday, December 1, 2008

SAJAK : KEJAAAN DI PENGHUJUNG TAHUN

Betapa gembiranya para pelajar menerima keputusan
setelah menjalani peperiksaan akhir tahun
kerana dimahkhotakan anugerah terbilang
dikelangan rakan -rakan seperjuangan
sebagai pelajar cemerlang dan terbaik
di atas takhta bilangan 1 , 2 dan 3
ternyata segala usaha selama ini terbukti
kejayaan telah dijulang berkat usaha kegighan
menuntut untuk terus berusaha ketingkat seterusnya
tidak terhenti di pertengahan jalan
sehingga ke puncak menera gading
kerana di sana menanti segulung warkah kejayaan
sentaisa menanti dipersada.


ieoon
1 Disember 2008