Monday, January 12, 2009

SAJAK: HUJAN

Kedatangan mu sering dinanti-nanti
tetakala kau benar-benar diperlukan
tetapi ada kalanya kau digeruni
tetakala kau sering turun tiada henti-henti
takut.....gelisah....susah...... menyenangkan
namun kau tetap diterima dengan rela
kerana kau kami perlukan sepanjang masa

Biarlah turun mu membasahi bumi ini
atas nama keperluan
bukan atas nama kebinasaan

ieoon
12 Jan 2009

Friday, January 9, 2009

SAJAK: TAHUN BARU 2009

Selamat tinggal untuk mu tahuan 2008
terima kasih kami ucapkan kepada mu
namun kau masih dikenang untuk selama-lamanya
kerana di situ ada peristiwa suka atau duka yang akan menajadi restaan
biarlah sejarah mencatat segalanya apa yang berlaku
sebagai kenangan abadi.

Tahun 2009 kau datang jua akhirnya
setelah sekian lama kami nantikan
mungkin disini lagi banyak peristiwa akan berlaku
meskipun baru sahaja kita melangkah hari.......
di depan serta pada hari-hari mendatang kami mimpikan harapan yang agung
sebuah kedamaian dunia sejagat yang sudah lama diidam-idamkan

Hentikankan pertumpahan darah yang mengalir kerana perbuatan manusia
hapuskan keangkuhan dimana-mana
kita cari jalan-jalan kedamaian dipelusok dunia
biarlah tahun ini membawa makna yang berkekalan di hati,di mata......
esok pasti ada keharomanian bagikita nekmati semua
semoga kehadiran mu membawa tuah sinar yang agung
demi kehidupan kami semua

ieoon
9 Januari 2009.