Tuesday, February 17, 2009

SAJAK : PENINGGALAN BANJIR

Banjir......
akhirnya kau meninggalkan kami juga
meski pun kami dalam penderitaan dan kesusahan
namun kehadiran mu banyak membawa pengajaran
rumah ku tegak tiangnya berdiri diselimuti air mu
resah gelisah setiap siang dan malam
kerana tidur ku hanya selelap dua lelap sahaja
kerana kehadiran mu setiap hari semakin merisaukan
doa restu kami tidak henti-henti agar kehadiran mu bukan membawa duka
tetapi membawa pengajaran untuk kami semua
membuka mata dan telinga
membuka hati dan perasaan

Setelah seminggu lamanya kau bersama kami
akhirnya kau tinggalkan kami semua
tikas melekat di kelilingi tiang rumah ku
kononnya rumah setingkat itu tidak dikira musibah
dikelilingnya tegak berdiri rumah batu yang dua tingkat yang indah
lalu kau masuk disetiap penjuru bilik dikira musibah

Perlu diambil tahu bahawa rumah setingkat pasti menerima musibah
sama-sama susahnya
Kita buka mata dan hati.
rumah setingkat rumah lsudah sekian lama dibangunkan
kami sentiasa menerima musibahnya
nasib kita semua sama tiada perbezaan
kami juga mahu minta pertolongan jangan pandang sebelah mata

Kami juga ada harta kesayangan
seperti rumah dua tingkat
pandang-pandanglah rumah setingkat
jangan tinggalkan kami terkapai-kapai
kerana disinilah asal mulanya kehidupan
sebelum kita miliki rumah dua tingkat

Namun tikas banjir sabagai bukti
sama-sama sukatannya bahwa paras air tiada jua bezanya
semalam dan hari ini serupa jua.

Biarlah peninggalan mu banjir satu ristaan
bukan sekadar suka dan duka
tetapi membuka mata,telinga dan pemikiran
kepada pemimpin yang diharap-harapkan
memangil kita untuk duduk bersama bersepakat
untuk kita bersama-sama mengambil peduli
kerana sejarah menyatakan bahawa bumi ini milik kita bersama
esok bumi kita ini menjangkau usia kemerdekaanya 25 tahun.
kerana kehadiran mu tahun1984 jua menjadi kenangan abadi
sekembalinnya kami hadir dihari pemasyuraan mu.


ieoon
17 Feb 2009

Saturday, February 7, 2009


SAJAK: BANJIR LAGI KAMPUNG KU

Banjir kau datang lagi hari ini
akibat hujan lebat yang tidak henti-henti sejak kebelakangan ini
Banjir kedatangan mu memang diramalkan
kerana sejarah kehadiran mu yang telah lalu
pasti banyak pengajaran kepada kami

Kampung ku sering dilupakan apabila kau melanda
tetapi kami tidak akan lupa dikau seandainya kami dilanda
kampung ku banjir lagi
sana sini membua taksiran
banjir kampung
ku paras buku lali,paras paha,paras leher dan sebagainya.

Ku harap,orang kampung juga mengharap paras air banjir akan turun dengan secepatnya
kerana esok atau lusa kami percaya engkau meninggalkan kami
biarlah kehadiran mu hari ini menjadi restaan sepanjang zaman
semoga menjadi kenangan abadi
seperti kenangan abadi banjir besar 1962 dan 1981

ieoon
8 Feb 2009

SAJAK:BANJIR

Hari ini,semalam dan esok
kita mendengar cerita tentang banjir melanda di sana sini
namu musibah ini bukan baru bagi penghuni di tempat lahir ku
tanya pada mereka tentang banjir...
banjir kilat,banjir kecil,banjir........
kau pasti mendengar 1001 cerita tentang banjir.

Banjir kedatang mu mengerukan penghuni kampung ku
mana tidak kehadiran bererti kami akan menanggung derita
derita pergerakan,derita permasalahan ,derita hendak pergi berkerja,derita anak-anak hendak bersekolah
mana lagi memikirkan keselematan harta benda yang dimiliki walaupun bukan sebutir intan
intan kami ialah rumah tempat berteduh sehari semalam,harta sekubit cuma
tapi kami pasarah dengan ketentuan musibah itu
dibelakangnya tentu ada pengajaran betapa kerdilnya kita
kita kembali berfikir untuk terus bertakwa kepad Allah Taala jua yang berkuasa

Banjir ku harap tidak akan berterusan sekian lama
tetakala ini juga kau turun dengan segera meninggalkan kami
buat selama-lamanya jika baik atau
buruk baginya untuk kami menjalani kehidupan ini
biarlah engkau jadi kenangan selama-lamannya bagi kami
banjirkah tempat kamu ?

Ieoon
6Feb 2009