Saturday, February 7, 2009


SAJAK: BANJIR LAGI KAMPUNG KU

Banjir kau datang lagi hari ini
akibat hujan lebat yang tidak henti-henti sejak kebelakangan ini
Banjir kedatangan mu memang diramalkan
kerana sejarah kehadiran mu yang telah lalu
pasti banyak pengajaran kepada kami

Kampung ku sering dilupakan apabila kau melanda
tetapi kami tidak akan lupa dikau seandainya kami dilanda
kampung ku banjir lagi
sana sini membua taksiran
banjir kampung
ku paras buku lali,paras paha,paras leher dan sebagainya.

Ku harap,orang kampung juga mengharap paras air banjir akan turun dengan secepatnya
kerana esok atau lusa kami percaya engkau meninggalkan kami
biarlah kehadiran mu hari ini menjadi restaan sepanjang zaman
semoga menjadi kenangan abadi
seperti kenangan abadi banjir besar 1962 dan 1981

ieoon
8 Feb 2009

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home