Tuesday, February 17, 2009

SAJAK : PENINGGALAN BANJIR

Banjir......
akhirnya kau meninggalkan kami juga
meski pun kami dalam penderitaan dan kesusahan
namun kehadiran mu banyak membawa pengajaran
rumah ku tegak tiangnya berdiri diselimuti air mu
resah gelisah setiap siang dan malam
kerana tidur ku hanya selelap dua lelap sahaja
kerana kehadiran mu setiap hari semakin merisaukan
doa restu kami tidak henti-henti agar kehadiran mu bukan membawa duka
tetapi membawa pengajaran untuk kami semua
membuka mata dan telinga
membuka hati dan perasaan

Setelah seminggu lamanya kau bersama kami
akhirnya kau tinggalkan kami semua
tikas melekat di kelilingi tiang rumah ku
kononnya rumah setingkat itu tidak dikira musibah
dikelilingnya tegak berdiri rumah batu yang dua tingkat yang indah
lalu kau masuk disetiap penjuru bilik dikira musibah

Perlu diambil tahu bahawa rumah setingkat pasti menerima musibah
sama-sama susahnya
Kita buka mata dan hati.
rumah setingkat rumah lsudah sekian lama dibangunkan
kami sentiasa menerima musibahnya
nasib kita semua sama tiada perbezaan
kami juga mahu minta pertolongan jangan pandang sebelah mata

Kami juga ada harta kesayangan
seperti rumah dua tingkat
pandang-pandanglah rumah setingkat
jangan tinggalkan kami terkapai-kapai
kerana disinilah asal mulanya kehidupan
sebelum kita miliki rumah dua tingkat

Namun tikas banjir sabagai bukti
sama-sama sukatannya bahwa paras air tiada jua bezanya
semalam dan hari ini serupa jua.

Biarlah peninggalan mu banjir satu ristaan
bukan sekadar suka dan duka
tetapi membuka mata,telinga dan pemikiran
kepada pemimpin yang diharap-harapkan
memangil kita untuk duduk bersama bersepakat
untuk kita bersama-sama mengambil peduli
kerana sejarah menyatakan bahawa bumi ini milik kita bersama
esok bumi kita ini menjangkau usia kemerdekaanya 25 tahun.
kerana kehadiran mu tahun1984 jua menjadi kenangan abadi
sekembalinnya kami hadir dihari pemasyuraan mu.


ieoon
17 Feb 2009

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home