SAJAK: BUAYA
KITA sebut sahaja namanya di mana-mana
kita cerita sahaja pasalnya di mana-mana
orang akan merasa gerun mendengarnya
orang akan takut dengannya
mereka akan bertanya kepada kita
.....di mana ?
.....benar ?
.....besar atau kecil ?
..... ya itu lah binatang yang digelar BUAYA
hari -hari di dalam perjalanan ku menyusur ke ulu sungai Tutong
aku akan terserempak dengannya
ada yang besar, yang kecil.....
bagi ku ianya menjadi penghibur mata ku
aku tidak takut dengannya
kerana aku sering merakamkan aksinya
dengan sebuah kamera ku.... pasti menjadi kenangan
tetapi kenapa masih banyak yang takut
kalau dihitung dengan jari kita belum pun banyak menjadi mangsanya
tetapi kalian masih juga takut dengannya
itu lah aura BUAYA
ganas!!!
menakutkan !!!
tetapi jangan cuba-cuba menghampirinya
jangan.........
kerana BUAYA itu ganas !!!
ieoon
23 Mac 2009
