SAJAK : SAUNGKAP KASIH BERPANJANGAN
(rekaan untuk sahabat karib ku sempena hari ulang tahun bondanya)
Ibu...
Petapa murninya hati dan jiwa mu
Membelai,mengasuh kami bagai menatang minyak yang penuh
Berpanjangan.........
Kata-kata nasihat mu
Menjadi azimat dalam perjalanan kehidupan ini
Namun ada kalanya sukar untuk diterima
Mungkin melukakan hati jiwa sukma dan perasaan mu.
Dipohonkan beribu keampunan dari mu
Seandainya langkah kami menghampakan harapan mu
............ di dalam perjalanan ini
Ibu....
Kasih sayang dan penat lelah keringat mu
Membelai dengan jejari dan tangan mu
Menyusok hati dan perasaan
Memang sukar untuk kami balas
Walau seumpama sebentuk intan permata
Menjadi hadiah kenangan di dalam riwayat hidup mu
Namun tidak seindah atas nama pengorbanan mu
Izinkan kami setulus hati dan persaan mu
Seandainya belasan belaiaan kasih kami tidak semurninya
Ibu....
Meski pun ayah tiada lagi di sisi mu
Janganlah engkau bersedih di hari mulia ini
Izinkn ayah bersemadi di pusara dengan tenangnya
Rohnya dicucuri rahmat oleh Allah berpanjangan
Namun doa anak-anaknya tiada luput
Ibu..
Selagi nafas mu masih berdenyut
Kami anak-anakmu, menantu dan cucu cicit mu sentiasa di sisi mu
Riangkan hati dan perasaan mu dengan bersulamkan kalimah ALLAH
Bermahkotakan perintahNya sebagai tunjang perjalanan kehidupan mu
Kerana di situ ada hikmah yang berpanjangan tetakla kau suka dan duka.
Ibu...
Inginku katakan persanaan kami ini pada mu
Namun biarlah warkah ini......
Biarlah.....
Hanya sebagai tetapan kami bersama
Semoga harapan ini menuju ke puncaknya
Kerana jiwa mu seindah kasih setulus budimu jua
Engkau sentiasa landasan disisi penciptanya berpanjangan
Ibu...
Sempena hari kelahiran mu
Kami merapakan sembah memohon izin dan keampunan mu
Apa jua termakan terminum dan .............
Izinkan kami.....buat selama-lamanya.
Doa kami semoga ibu sihat sejehtera
Di bawah lindungan Allah jua.
Amin !!!
Ieoon
16 April 2009
Penapar