Wednesday, March 31, 2010

sajak: KEHILANGAN PERMATA

SAJAK : KEHILANGAN PERMATA

Tetakala warkah ini ku cipta
terasa suasana rumah besar ini kesunyinnya
tiada lagi kedengaran bunyi dombak dan suara-suara orang berpantun
yang menyerikan suasana petang dan malam
kerana orangnya tiada lagi berada di mata

Tanggal 27 mac 200 hari Sabtu malam Ahad jam 8.50 malam
wad 22 bilik 5 tetap jadi ingatan
kerana di sinilah ayahanda telah menghembus nafasnya terakhir
di keilingi oleh anak-anak,cucu dan saudara mara
sedu dan pilu menyelubungi suasana bilik yang sebesar kerat itu
pemergiannya diringi dengan bacaan ayat-ayat suci al quran berpanjangan

Pemergian mu diiringi dengan doa
semoga roh mu dicucuri rahmat
ditempatkan bersama
orang-oang yang beriman dan beramal salleh

ieoon
20 April 2010