Wednesday, December 28, 2011

sajak:BERNAFAS DALAM KEPIMPINAN

Sajak : Bernafas dalam kepimpinan
(i)
Kini kita dalam pelayaran dunia globalisasi
Menuntut para pemimpin sekolah memikul tunjang tiang harapan
Dengan berbekalkan cekal dan gigih
Untuk membangkitkan kekuatan dan semangat
Pada guru-guru dan para pelajar
(ii)
Sebagai pemimpin di barisan hadapan
Membawa sikap kepimpinan dan ketokohan
Dalam menuju kecemerlangan akademik wajar dipertingkatkan
Wadah penentu masa depan para pelajar
Era milinium mementingkan sains dan teknologi
Tanpa mengabaikan didikan Ugama Islam diutamakan
Kita lahirkan pelajar yang berdaya saing dalam segala bidang
Dalam tekad berani meneroka displin ilmu yang bermanafaat
Demi memantapkan diri mereka pada era globalisasi ini
Menjana modal insan yang berkualiti
Dalam menggilap mertabat anak bangsa
Kita lahirkan pelajar mempunyai minda kelas pertama
Untuk maju dan berwawasan
(iii)
Engkau selaku pemimpin harus ingat
Pelajar kita hari ini adalah satu khazanah kepada Negara
Transformasi rancak dilaungkan di arena pertemuan di mana-mana
Engkau perlu perkasakannya dengan satu tekad yang besar
Satukan pemikiran bukan awan-awangan atau sampingan
Bahtera layar kita sudah ada dalam gangaman
(iv)
Engkau pemimpin seperguruan kotakan sebuah harapan
Dalam sama-sama menggilap mertabat anak bangsa
Lebih maju dan berwawasan
Memantapkan bekalan untuk generasi pelapis Negara
Berilmu,beriman dan bertaqwa
Era ICT jangkawan medan telah lama dihidangkan
SPN21 julang diperkasakan sebagai gegasan dunia pendidikan
Dalam menuju cita-cita wawasan Negara 2035
Cekal pengabadian diri sepanjang perjuangan
Meskipun rintangan berada dalam pelayaran

Oleh : ieoon
4 Oktober 2010.
(Koleksi Sajak-Sajak Penulis-Penulis Daerah Tutong

sajak;DITAKUTKAN

SAJAK : DITAKUTKAN
Malang sering menjelama dalam bayang-bayang
Membawa 1001 utusan dalam pemikiran
Dalam kelam yang membawa warkah entah betul atau tidak
Yang pasti Cuma kita perlu berjaga-jaga disebalik bayangan keujudannya
Kerana sejarah banyak membawa khabar berita sukar untuk diterima
Meskipun pahit atau manis dek jatuh ditimpa tangga pula dalam restaan berpanjangaan
……………………takut ….kah lagi

Ieoon
29/5/2011

Sajak : EMBUN PAGI
(Untuk DS sebagai renungan)
(i)
Titisan embun pagi watikah juang ketentuan ilahi
Di situlah ibarat tamsilan membawa harapan
Sejuk tetapi memuat pengertian berpanjangan
Meski pun duduknya di tepian jalanan
Juangnya menyegarkan segala harapan
Kita lihatlah,kita sentuh dan rasa kesejukan
Mega-mega tumbuh segar meskipun kepanasan
Dek kerana kehidupan itulah semangat juang kita ibarat tamsilan
(ii)
Meskipun perjumpaan,pertemuan sakadar di pinggiran sepurnama
Secebis bisikan harapan dibentangkan
Namun kepayahan para pemimpin tetap meneruskan juang tugasanya
Pemipin sekolah dan guru laila tugasan
Memikul harapan demi untuk pelajar ,ibu bapa dan masyarakat
Mahkota perjuangan diukur selaku cermin kejayaan
Namun agenda perjuangan memandaikan anak bangsa diteruskan
Pesanan dan harapan menjadi dorongan pasakan tanpa mundur
Kerana esok masih segar lagi keikhlasan


(iii)
Esok,hari –hari mendatang engkau tiada lagi di isi
Sekadar mendengar kejayaan dan kemunduran
Di belakang tabir berdiri penerus warisan
Semangat dan harapan sudah bertaktha di bahu laksana ikatan
Pastinya esok ada lagi penganti penantian harapan
Mekar berpanjangan …….

Karya ieoon
17 Oktober 2010.

Sajak-Mengapai Hasrat

SAJAK :MENGAPAI HASRAT
( Satu tekaan – impian SUT)
Untuk renungan rakan pemimpin sepergurun

i/.Cita-cita murni
Engkau bersatu di pangkuan pemimpin sekolah
Mengapai 1000 warkah tentang visi dan misi MOE
Dalam pelayaran abad ke 21 SPN21 dipangkuan
Demi memandu tuju anak-anak bangsa bekalan warisan
Mengajak bersatu di puncak bumbung duni a pendidikan

Ii/.Era perubahan
Bersama rangkaian 3 episod pak menteri
Berbagai agenda dibentang untuk dilaksanakan
Mengharap agenda pendidikan kita subur mekar
Memajukan Negara ke puncak jaya
Menjulanag watikah TItah Yang Di-Pertuan
Agar kita seiring dengan rakan rangkaian

Iii/.Transformasi
Kelantangan suara di meja bulat membuat perudingan diputuskan
Mengharap kesepakatan warisan bangsa
Dunia membuka warkah pendidikan di medan perubahan
Transformasi pendidikan kita wajar dilaksanakan
Mengharapkan bangsa kita tidak ketinggalan
MIB azimat disuburkan di pangkuan
Meskipun tuntutan transformasi diperjuangkan

Iv/.Di Luar pagar
Meskipun tiada lagi di sisi setia sekawan
Dunia persaraan, perpisahan peraturan Cuma
Sokongan berterusan diharap berterusan
Teguran keikhlasan pedoman di pangkuan
Membangun bangsa harapan seruan
Lihat pada hati sisipan ketentuan
Kemajuan berpanjangan diharapkan
Meskipun engkau berada di luar pagar bukan alasan
Medan meja bulatan perundingan sentiasa membuat penantian
Mega harapan terus menjulang kejayaan
Mungkin di situ hasrat dan harapan
Kejayaan bersama terus dijulang

Ieoon
16 oktober 2010.

Saturday, December 24, 2011

Sajak:- Dalam pelayaran

Sajak Dalam pelayaran

Bulan demi bulan silih berganti
tak terasa kita kit berada dipenghujungnya
Muharam 1433 H telah meninggalkan kita
kita tiba 2012 M
kita sedang dalam pelayaran
menjana kehidupan
menjana tuntutan
menjana kewajipan
menjada ........

Tahun demi tahun
.... kita bertekad
........terus berazam
...dalam satu misi yang unggul
...K E J A Y A A N...
yang ingin dinekmati
dalam harus perjalanan kehidupan ini.

ada tercapai
ada terkandas
kita pasti terus berjuang demi cita-cita
agar jangan terkubor dalam perjalanan yang abdi ini.

ieoon
24 Disember 2011.

Friday, December 16, 2011

Sajak :Sepuhon Buah Rambutan

Sajak : Sepuhon Buah Rambutan

Musimnya telah tiba
engkau membuai sebuah penghasilan
kerana hijaunya buah mu telah berubah
berubah menjadi menjadi merah
menandakan engkau mengeluarkan satu nikmat
nikmat untuk dimakan
nikmat untuk dirasaai
nikmat keberhasilan hasil tanaman yang abadi
nikmat untuk dikongsikan bersama
engkau lebat dan dahan-dahan mu menjuntai mencecah bumi
ini dikatakan keberhasilan setitik peluh yang diusahakan
kerana hasil mu dikongsikan bersama
.....dengan keluarga
............dengan kawan-kawan
................dengan sahabat taulan
....................dengan binatang yang memakannya --- aku relakan
.....janagan disumpah,,,itu rezeki mereka..... di situ ada ubat dan rahmat
kerana nikmatnya buah mu menjilat tangan yang pernah menanam mu
pad harui ini kita nikmati... rambutan oh rambutan no


ieoon
20 Muharam 1433 H

Sajak : Hati-hati

Sajak: Hati-hati

Bukan sekadar menyedarkan diri ini
sekalung utusan untuk difikirkan berterusan
perjalanan hidup ini memungkap seribu bayangan
kerana kehidupan ini mengajar erti hidup
memerlukan kewaspadaan
memerlukan perhatian
memerlukan petunjuk
memerlukan berfikir
elakan dari terjerumus dan terperangkap
kerana kata-kata sering menjadi racun
hanya waspada sahaja menjadi petunjuk berpanjangan
inilah dikatakan hati-hati

ieoon
17 Disember 2011.