Sajak : EMBUN PAGI
(Untuk DS sebagai renungan)
(i)
Titisan embun pagi watikah juang ketentuan ilahi
Di situlah ibarat tamsilan membawa harapan
Sejuk tetapi memuat pengertian berpanjangan
Meski pun duduknya di tepian jalanan
Juangnya menyegarkan segala harapan
Kita lihatlah,kita sentuh dan rasa kesejukan
Mega-mega tumbuh segar meskipun kepanasan
Dek kerana kehidupan itulah semangat juang kita ibarat tamsilan
(ii)
Meskipun perjumpaan,pertemuan sakadar di pinggiran sepurnama
Secebis bisikan harapan dibentangkan
Namun kepayahan para pemimpin tetap meneruskan juang tugasanya
Pemipin sekolah dan guru laila tugasan
Memikul harapan demi untuk pelajar ,ibu bapa dan masyarakat
Mahkota perjuangan diukur selaku cermin kejayaan
Namun agenda perjuangan memandaikan anak bangsa diteruskan
Pesanan dan harapan menjadi dorongan pasakan tanpa mundur
Kerana esok masih segar lagi keikhlasan
(iii)
Esok,hari –hari mendatang engkau tiada lagi di isi
Sekadar mendengar kejayaan dan kemunduran
Di belakang tabir berdiri penerus warisan
Semangat dan harapan sudah bertaktha di bahu laksana ikatan
Pastinya esok ada lagi penganti penantian harapan
Mekar berpanjangan …….
Karya ieoon
17 Oktober 2010.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home