Tuesday, November 25, 2008

SAJAK : MALAS



Malas...satu pengertian yang amat luas

di situ ada kebencian,

di situ ada kesukaan

di situ ada .........

malas bermacam-macam......

ada orang suka berkebun dirinya menjadi malas

ada malas dibuat-buat

jika kita selalu malas akhirnya kita menjadi susah

susah sepanjang hayat

umpama orang malas belajar ketika kecil

diakhir penghujung....menyesal diri sendiri

timbul sejarah diri

dulu kalau aku tidak malas aku tidak akan menjadi begini

kau lihat rakan-rakan semuanya senang lenang sekarang

aku apa ada ?

cuma ini sahaja yang ada

bukan salah siapa-siapa

salah disebabkan aku sentiasa malas

kerana dibelakang hidup ku aku dikelilingi dengan kesenangan

lantas aku lupa sepanjang riwayat perjalanan muda ku

kerana kesenangan belum pasti ku miliki selamanya

meski pun di dalam gengangam kesenangan ku

akibat aku malas

aku menjadi mangsanya sepanjang perjalanan hidup ini

semalam aku bermalas malas sudah berlalu

biarlah berlalu di bawa angin ke mana-mana

kini aku sedar akibat malas

tidak membawa untung malah kecewa selama-lamanya

lalu aku bangkit ....memberi kesedaran

ku lempar jauh-jauh malas ku itu

aku sedar malas tidak boleh menjadi pakaian hidup

biarlah menjadi pengajaran sepanjang riwayat ini

kerana malas bukan lagi mimpi yang membawa igawan

tetapi kekecewaan berpanjangan.



ieoon

25 Nov 2008

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home