Sunday, November 14, 2010

sajak - Sumbangan

Sajak - Sumbangan

Dengan hati terbuka kita terima dipangkuan
meskipun sekadar yang ada seada-adanya
relakan hati mu menyambut dengan kata-kata mahkota
"Terima kasih" atas sumbangannya
sejarah sebagai lambang kesaksian
selama ini tida pernah meminta di mana-mana
perguruan pengajaraan ibu bapa guru awal ku
menegah menagih kasih di mana-mana
kerana dunia ini luas rezki kurnia ilahi
jalan-jalan tuntutan mengajak untuk mencarinya
bukan meminta dimana-mana untuk diberi atas payung kasihan
selagi nafas-nafas kita bergerak dengan iramanya
selagi itu kita pantang meminta-minta di mana-mana



ieoon
Penapar Tutong
14 /11/2010

sajak- HUJAN

SAJAK - HUJAN

Hari ini dan semalam
kehadiran mu tiada tentuan waktu
membawa rahmat limpah kurnia ilahi
demi kejesteraan perjalanaan kehidupan ini memerlukan

kehadian mu di pangkuan sering menjadi ristaan
tetakala engkau turun tiada penghujung engkau digeruni
air melimpah luah di mana-mana
lantas merosakan suasana alam sejagat ini
banjir berlaku !!!

namun dalam menempuh liku-liku penghidupan ini
engkau diperlukan demi tuntutan pengunaan berpanjangan
dalam pangkuan engkau diperlukan bukan dipinggiran
lantas engkau milik bersama di mana-mana.

ieoon
'14 Nov 20101

Thursday, November 4, 2010

Sajak- Sumbangan

Sajak - Sumbangan

Semalam
ku terima dengan hati terbuka
kunjungan yang tidak diduga
rombongan rakan-rakan hams ku
membawa bingkisan barang-barang keperluan harian
atas nama simpati
tangan terbuka menerimanya
terima kasih ..... atas budi baik kalian

meskipun selama ini
terlihat,terdengar...tentang sumbangan
yang diterima oleh orang-orang disekelilng ku
selaku mangsa malapetaka berkenaan
atas nama musibah...

namun daku tidak pernah meminta kepada siapa-siapa
atas nama musibah yang dikenali banjir itu
kami pasrah dengan kehadirannya
meskipun harta khazanah ilmu kumiliki musnah
cuma tinggal kenangan
betapa pilu hati ini melihat sisa-sisanya
sukar dicari ganti


ieoon
4
Nov 2010